Kaki Rata dan Cara Penjagaannya

Lapik di dalam kasut (Insole) yang dibentuk  dengan lengkungan memberikan manfaat kepada mereka yang mempunyai tapak kaki rata semasa berdiri, bergerak serta tekanan di bahagian plantar dan kawasan sentuhan

Apa itu kaki rata?

Pes planus (tapak kaki rata) adalah kecacatan biasa yang bercirikan lengkungan tapak kaki tengah menjadi rata semasa berjalan. Bahagian Tapak Kaki Tengah bertanggungjawab untuk menyerap hentakan dan mereka yang bertapak kaki rata akan menghadapi risiko tinggi terhadap valgus ibu jari, fasciitis plantar, sakit tulang metatarsus, sakit lutut, sakit bahagian pinggang ke bawah ketika mendaki, menuruni bukit dan berjalan.

Kelebihan Menggunakan Lapik didalam Kasut(Insole)

Penggunaan lapik dalam kasut(insole) dalam kehidupan seharian dapat memberikan kebaikan kepada kaki serta keseluruhan badan. Ini kerana penambahbaikan struktur kaki dapat membantu mengatur pergerakan keseluruhan badan.

Apabila postur kaki diperbaiki, terdapat beberapa penambahbaikan yang memberi kebaikan jangka masa panjang. Oleh kerana ini ,penambahan lapik didalam kasut(insole) sering disarankan untuk mereka yang bertapak kaki rata sebagai pelan rawatan komprehensif.

a) Sokongan Lengkungan Kaki

Ini mungkin kelebihan terbesar penggunaan lapik dalam kasut untuk merawat lengkungan rata. Lapik dalam kasut(insole) yang dibina-baik dengan lengkungan akan membantu menyokong lengkungan rata dengan membentuknya sehingga paras optima sepanjang pergerakan. Memandangkan lengkungan memainkan peranan penting bagi menyerap daya hentakan yang dihasilkan semasa kaki menyentuh tanah. Kaki anda akan dilindungi oleh impak daripada daya ini. Ini memberi manfaat terutama sekali apabila terlibat dalam sukan yang memerlukan larian atau lompatan.

Anda akan melihat hasil yang lebih baik sekiranya pelan rehabilitasi anda juga memasukkan latihan regangan betis dan regangan lengkungan.

b) Keadaan Kaki Kurang Berisiko

Lapik dalam kasut(insole) akan membantu mengurangkan peluang anda untuk mengalami kecederaan seperti fasciitis plantar dan bunion. Keadaan seperti ini sering berkait dengan corak pergerakan kaki tidak sihat yang dijumpai pada mereka yang mempunyai tapak kaki rata.

C) Kelegaan daripada Sakit Tapak Kaki

Bukan perkara biasa apabila mendengar mereka yang bertapak kaki rata mengadu kesakitan di bahagian tapak kaki. Ini adalah hasil daripada pergerakan yang tidak selesa daripada lengkungan setiap kali bersentuhan ke tanah.

d) Pergerakan Sihat

Tapak kaki anda memandu pergerakan keseluruhan badan. Sekiranya terdapat permasalahan pada asas sokongan, anda juga akan merasai masalah di bahagian lain badan.

e) Penambahbaikan dalam Pencapaian

Sebagai seorang atlet, masalah postur seperti lengkungan rata boleh meletakkan diri anda kepada risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kecederaan serious. Kecederaan ini sering disebabkan oleh tekanan ulangan hasil pergerakan kaki yang tidak sihat.

f) Pengurangan Sakit Pinggang

Terdapat kemungkinan kesakitan yang menggangu di bahagian pinggang ke bawah atau lutut mungkin disebabkan oleh masalah postur. Ini kerana sambungan antara kaki dan bawah badan termasuk pergelangan kaki, lutut, pinggul dan pinggang.

g) Mudah dan Berpatutan

Lapik dalam kasut adalah penyelesaian paling mudah bagi menyokong lengkungan rata sepanjang hari terutama apabila dibandingkan dengan pilihan yang lebih mahal.

h) Untuk Mengelakkan Kecederaan Sukan

Kecederaan sukan seperti kecederaan berlebihan mudah berlaku sekiranya anda atlet bertapak kaki rata. Hal ini kerana ulangan tekanan terhadap kaki hasil daripada pergerakan pantas, tajam melibatkan sukan terkenal seperti bola keranjang dan bola sepak.

Contact Info:

Visit us: https://artalive.com.my/

No 16, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur, Malaysia

E-Mail: info@artalive.com.my

Contact: +60 3-4032 4273

Author: Sudarsan Swain

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply