Apa itu pembalut kenyal?
Pembalut kenyal bersifat anjal, berkapas, pembalut tenunan lembut yang digunakan sebagai pembalut pemadatan selepas pemotongan, kecederaan bersukan dan terseliuh atau untuk menutup luka.
Kebaikan, ciri-ciri & manfaat pembalut kenyal?
- Membalut bahagian kudung untuk mengurangkan bengkak.
- Balutan memberikan bentuk dan keselesaan di dalam anggota palsu.
- Kualiti tenunan keanjalan yang tinggi
- Juga digunakan untuk mengekalkan bebat
- Menyediakan kepadatan dan perlindungan
- Kuat, anjal dan lembut untuk memberi keselesaan dan sokongan
- Boleh dibasuh dan digunakan semula
- Balutan secara individu
- Terdapat dalam 4 saiz
- Permukaan berstektur
- Selepas pemotongan, anda perlu menghadiri rundingan bersama doktor, ahli fisioterapi atau ahli prostesis.
Apa yang perlu anda periksa sekiranya anda melakukan balutan kenyal pada diri sendiri atau terhadap orang lain?
- Gunakan 1 atau 2 pembalut 4 inci yang bersih setiap hari.
- Anda mungkin ingin menjahit di bahagian hujung sekiranya anda menggunakan 2 pembalut.
- Duduk di bahagian hujung katil atau kerusi yang kukuh. Semasa membalut, letakkan lutut anda di atas papan alas atau kerusi yang sama ketinggiannya.
- Sentiasa membalut secara bersilang (rajah 8).
- Membalut secara menegak akan memutuskan bekalan darah.
- Kekalkan tegangan pada hujung anggota. Ia akan mengurangkan tekanan apabila menggunakan bahagian bawah kaki.
- Pastikan sekurang-kurangnya 2 lapisan balutan dan lapisan itu tidak bertindih antara satu sama lain. Pastikan balutan bebas kedutan dan lipatan.
- Pastikan tiada kerutan dan bonjolan kulit. Periksa untuk memastikan semua kulit di bahagian bawah lutut telah ditutup. Jangan menutupi kepala lutut.
- Membalut semula anggota setiap 4 ke 6 jam, atau sekiranya balutan sudah terbuka atau longgar.
- Rasa kesemutan atau denyutan adalah tanda anggota yang dibalut terlalu ketat. Balut semula, dengan kurang tegangan.
Bila perlu hubungi pegawai kesihatan anda?
Hubungi pegawai kesihatan anda dengan segera sekiranya anda mempunyai tanda:
- Kemerahan yang tidak hilang di bahagian tempat pemotongan
- Bauan tidak enak daripada bahagian kudung (contoh-bau-busuk)
- Bengkak atau semakin sakit di bahagian hujung anggota kudung
- Pendarahan teruk atau keluar lebihan dari hujung anggota kudung
- Anggota kudung yang terdapat putih kapur atau warna kehitaman