Memahami Stoking Baki Anggota

Pemakaian stoking baki anggota adalah digalakkan sebelum penggunaan prostetik. Ini akan melindungi kulit dan memberikan kelembutan, mengurangkan geseran serta mengetatkan soket. Ia terdapat dalam pelbagai jenis kain, corak dan kualiti.

Pemakaian stoking baki anggota pada kulit adalah penting untuk melindunginya, juga untuk meningkatkan keselesaan semasa penggunaan prostesis dengan menambahkan kusyen dan penyerap peluh. Apabila penggantian anggota anda di pasang, anda juga akan menerima sepasang stoking bagi baki anggota.

Mari memahami stoking baki anggota dengan lebih baik melalui penulisan di blog ini:

Jenis Stoking Baki Anggota

Terdapat panjang stoking baki anggota yang berbeza (juga dalam pelbagai jalur warna). Ketebalannya juga boleh dilaraskan.

Stoking Tuala Terry: Gumpalan kain dalam stoking Tuala Terry ini agak padat.

Stoking Kapas: Separuh daripada ketebalan Tuala Terry.

Stoking Berbulu: Sebelum kewujudan stoking Tuala Terry, golongan amputasi yang memakai anggota palsu menggunakan stoking berbulu, iaitu sejenis stoking yang paling tebal. Kini, ia diberikan secara umum kepada mereka yang baru menjalani amputasi.

Stoking Nilon: Sangat nipis dan selesa pada kulit bagi golongan diamputasi. Ia mudah untuk dimasuk dan dikeluarkan dari soket plastik atau mengeluarkan pelapik daripada soket ketika menanggalkan anggota palsu, ia sering digunakan pada pelapik lembut busa.

Stoking Gel: Sejenis stoking dikenali sebagai Silipos atau Dermasil, adalah stoking yang berasaskan gel. Disarankan untuk mereka yang baru diamputasi dan menderita isu spesifik pada baki anggota.

 Stoking dengan Pengecut Baki Anggota (Juga dikenali sebagia Juzo): Apabila anda tidak memakai anggota palsu, anda perlu menggunakan stoking elastik berwarna coklat yang disebut sebagai stoking pengecut baki anggota. Stoking ini membantu mengekalkan kontur dan mengurangkan bengkak pada baki anggota. Berkemungkinan anda akan diberikan stoking ini setelah anda menjalani amputasi.

 Ini adalah beberapa jenis stoking yang sedia ada untuk anda. Pakar perubatan akan memberi saranan stoking yang memberi keselesaan pada pemakaian prostetik anda. Kunjungi Artlive untuk maklumat lanjut.

Feel free to Contact us

No 16, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur, Malaysia

Mail ID – info@artalive.com.my

Phone- +60 3-4032 4273

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply