Kaki Palsu Atas Lutut Ottobock C-Leg Menawarkan Kawalan Bermutu, meningkatkan kestabilan dan kawalan, Kaki Palsu Ottobock C-Leg merupakan antara prostetik mikroprosessor atas-lutut yang paling selamat dalam pasaran kini. Ia menawarkan teknologi canggih yang menyediakan keselamatan dan sokongan, mengurangkan kebarangkalian tersandung dan terjatuh.
Apa itu Kaki Palsu C-Leg?
Kaki Palsu C-Leg adalah lutut kawalan-mikroprosessor yang mengawal fasa dirian dan ayunan sepanjang kitaran berjalan tanpa usaha oleh pesakit yang mengalami pemotongan kaki. Kaki Palsu C-Leg merupakan sendi lutut mikroprosessor-terkawal dan sangat dipercayai. Dari tangga dan tanjakan kepada berbagai permukaan dan jalan mengundur – kaki palsu C-Leg menyesuaikan diri secara dinamik terhadap pelbagai situasi harian. Pemulihan Tersandung Bersepadu memastikan keselamatan harian yang lebih baik. Posisi berdiri yang tenang bersama lutut sedikit lentur kini mengikut gerak hati. Kebolehan mengawal sendi menggunakan peranti di applikasi Apple (iOS) dan Android juga adalah sesuatu yang baharu.
Teknologi Kaki Palsu C-Leg menyediakan kawalan prostesis pintar untuk mereka yang diamputasi atas lutut dan bersesuaian terhadap cara berjalan pada waktu “real time”. Disebalik ini terdapat sistem penderia kompleks yang menangkap data pada waktu “real time” dan mengenali fasa yang sedang anda berjalan, sama ada aras bawah, menuruni tangga selangkah-demi-selangkah, di cerun atau pada permukaan sukar seperti kawasan hutan, pasir dan batu kelikir.
Apakah Manfaat bagi Pesakit yang mengalami Pemotongan Kaki Atas Lutut
Keunikan ciri yang membuatkan Kaki Palsu C-Leg antara prostesis mikroprosessor atas-lutut yang terkemuka:
Pergerakan Bebas
Ia menyokong perubahan corak berjalan atas pelbagai permukaan seperti rumput, kawasan berpasir yang tidak rata. Walaupun anda pemakai baru kaki palsu C-Leg, ia dapat membantu anda berjalan seperti pemakai kaki palsu yang telah dilatih.
Lebih Banyak Pergerakan berbanding Dahulu
Penderia canggih. Walau apa bentuk muka bumi, kelajuan atau aktiviti, kaki palsu C-Leg menggunakan giroskop bagi mengesan isyarat dan melakukan pelarasan tepat, menyediakan sokongan dan keseimbangan untuk membantu anda mengemudi atas apa jua permukaan dan mengelakkan diri daripada terjatuh.
Duduk lebih selesa berbanding dahulu
Kaki palsu C-Leg melaras fungsi duduk secara automatik supaya anda boleh duduk dengan selesa. Pergerakan ayunan bebas bersesuaian begitu agar anda boleh duduk dengan tenang dan selesa.
Pemulihan tersandung untuk peningkatan keselamatan
Ia melindungi anda daripada jatuh mengejut. Kaki palsu C-Leg ini mempunyai perbezaan ciri keselamatan daripada mana-mana sendi yang terdapat di pasaran. Ciri inilah dapat mengukuhan tempat ulung sendi ini sebagai sendi yang paling selamat di dunia tanpa apa-apa keraguan.
Mesra Cuaca
Anda boleh gunakan dalam apa jua keadaan cuaca. Ia kalis air. Kini percikan air mengejut bukan lagi suatu masalah.
Dikawal melalui applikasi telefon bimbit melalui Bluetooth
Kaki Palsu C-Leg dapat diopersai melalui Aplikasi Cockpit dengan menggunakan telefon pintar anda – Android atau iOS dan data mengenai sendi, seperti tahap pengecasan bateri, berbasikal, bermain golf, berjalan atau menari dapat diperoleh. Kaki Palsu C-Leg berkomunikasi dengan applikasi melalui sistem Bluetooth.
Contact Info:
Visit us: https://artalive.com.my/
No 16, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur, Malaysia
E-Mail: info@artalive.com.my
Contact: +60 3-4032 4273
Author: Artalive